Bom petrol

Bom Molotov atau bom petrol ialah sejenis senjata buatan sendiri yang mudah, terdiri daripada bekas kecil berisi minyak petrol serta sering digunakan dalam rusuhan.Istilah asal untuk bom jenis ini iaitu "koktel Molotov" (Bahasa Finland: polttopullo atau Molotovin koktaili) diberikan oleh warga Finland semasa Perang Musim Sejuk[1] sebagai suatu penghinaan ke atas Vyacheslav Molotov, Menteri Luar Soviet, atas rancangan pakatannya bersama wakil sepangkatnya dari Jerman Nazi, Joachim von Ribbentrop yang membahagikan pengaruh dalam negara tersebut serta kawasan berjiranan; terutamanya ke atas propaganda yang disiar menyokong rancangan tersebut.[2]